Saturday, November 14, 2009

Muka paparazi berbalut dipukul Tyson

LOS ANGELES - Jurugambar paparazi, Tony Echevarria kelihatan seperti petinju amatur yang memakai alat pelindung muka setelah dia terpaksa memakai balutan kain kasa bagi merawat luka akibat dibelasah juara tinju, Mike Tyson baru-baru ini.


ECHEVARRIA menunjukkan mukanya yang berbalut.


Sebuah akhbar semalam melaporkan, keadaan Echevarria tidak bermaya seperti petinju yang baru lepas bertarung.

Dahi Echevarria turut luka seperti bekas cap jari dipercayai akibat ditumbuk Tyson.


TYSON duduk di dalam sebuah kereta polis di Los Angeles pada Rabu lalu.


Akhbar-akhbar pada Khamis melaporkan, Tyson membelasah Echevarria di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada Rabu lalu setelah jurugambar tersebut melakukan provokasi terhadapnya.

Tyson, 43, dan Echavarria, 51, ditahan kerana terbabit dalam pergaduhan tersebut.

Satu sumber akhbar Los Angeles Times mendedahkan Tyson mendakwa dirinya dikasari terlebih dahulu namun sumber polis menyatakan terdapat sejumlah saksi yang memberi pelbagai cerita.

Tyson yang ditahan polis kini bebas setelah membayar wang jaminan sebanyak AS$20,000 (RM67,600).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: