Saturday, November 14, 2009

Mata wang Asia di bawah nilai


BEBERAPA pemain dram membuat persembahan pada persidangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Singapura.


SINGAPURA - Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam menyatakan nilai Yuan yang lebih kukuh boleh merangsang ekonomi China namun Beijing tidak menunjukkan tanda untuk berganjak daripada rejim tukaran asingnya yang ketat.

Ketua Pegawai IMF, Dominique Strauss-Kahn ketika berucap pada forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini menyatakan, kebanyakan nilai tukaran asing negara-negara Asia berada di bawah nilai.

"Satu revolusi tukaran asing akan memberi kesan terhadap peningkatan pendapatan isi rumah," katanya kepada pemberita sebelum sidang kemuncak berlangsung yang akan dihadiri Presiden China, Hu Jintao.

Dalam satu ucapan kemudian, Strauss-Kahn berkata, kadar tukaran asing dianggap kritikal untuk memberi imbangan semula kepada ekonomi global sekali gus menyaksikan Asia kurang bergantung terhadap eksport dan memberi fokus terhadap permintaan domestik.

"Bagi membolehkan dunia berjaya dalam memberi imbangan semula, kadar tukaran asing mesti dibenarkan untuk menggambarkan asas ekonomi untuk tempoh sederhana," katanya.

Penyusutan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) merupakan berita buruk bagi pengeksport Asia dalam mengekalkan daya saing terutama terhadap China.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: