Monday, November 9, 2009

Beri layanan adil pendakwah




KUALA LUMPUR - Kelompok Intelektual Muslim Muda (KIMM) mendesak pihak berkuasa agama di negara ini memberi perhatian kepada lapan resolusi yang dicapai dalam pertemuan ulama-ulama nusantara di sini kelmarin.

Menurut jurucakap kumpulan tersebut, Dr. Azwira Abd. Aziz, perhatian itu perlu ekoran perkembangan semasa yang melanda masyarakat Islam terutama isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini.

"Kita minta pihak berkuasa agama ketepikan sikap prejudis terhadap para ulama dan pendakwah seperti membuat tuduhan sesat tanpa bukti dan alasan yang kukuh," katanya yang juga Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis.

Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah Penasihat KIMM yang juga bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan lebih 100 orang ulama, pendakwah serta tokoh agama yang membincangkan mengenai isu tauliah yang sukar diperoleh di 12 buah negeri kecuali Johor dan Perlis.

Azwira yang juga pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia mahu pihak berkuasa agama memberi layanan adil kepada semua pendakwah tanpa prejudis.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: