Saturday, November 14, 2009

Lagi kapal ditahan di Pengerang


DUA buah kapal tangki yang ditahan Maritim Malaysia setelah disyaki melakukan
pemindahan minyak secara haram di perairan Pengerang, Kota Tinggi kelmarin.


JOHOR BAHRU - Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan menahan dua buah kapal tangki di perairan Pengerang, Kota Tinggi kelmarin selepas kedua-dua kapal itu disyaki melakukan pemindahan minyak secara haram.

Kapal M.T. Sea Hawk dan Baltic Glory itu ditahan pada pukul 12.30 tengah hari di kedudukan 2.7 batu nautika di barat daya Tanjung Ayam di perairan berkenaan.




Menurut Ketua Penguat Kuasanya, Laksamana Pertama Maritim Che Hassan Jusoh, bot APMM Pelindung 3, yang meronda di kawasan itu mendapati kedua-dua kapal tersebut berada dalam keadaan mencurigakan kerana terlalu rapat antara satu sama lain.

Katanya, pemeriksaan mendapati kedua-dua kapal itu dipercayai sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram sebelum menahannya.

"Terdapat 1,000 liter minyak jenis 'Marine Fuel Oil' (MFO) dalam kedua-dua kapal tersebut dan semasa ditahan, mereka dipercayai baru melakukan aktiviti pemindahan minyak dari kapal M.T. Sea Hawk ke Baltic Glory," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Che Hassan memberitahu, terdapat 19 krew daripada kedua-dua kapal tersebut yang terdiri daripada 15 warga Indonesia dan enam warga India.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: