![]() |
| GAMBAR menunjukkan iPhones yang mengandungi wajah Astley. |
LONDON - Satu lagi virus menyerang pengguna-pengguna iPhones sehingga menyebabkan kata laluan gajet itu berubah, lapor sebuah akhbar semalam.
Semasa virus itu menyerang, pengguna-pengguna tidak dapat menghapuskannya semasa penggodam sedang bermaharaja lela.
Seorang kakitangan sebuah syarikat keselamatan, Graham Cluley menganggap tindakan penggodam itu sebagai penjenayah.
"Ia tidak hanya menceroboh iPhone milik seseorang tanpa kebenaran tetapi menyerahkan kawalan gajet itu kepada satu server di Lithuania," katanya.
Virus itu dipercayai menggubah kata laluan pengguna kepada ohshit dan gajet tersebut boleh diaktifkan semula dengan menggunakan kata laluan tersebut.
Dua minggu lalu, pengguna-pengguna iPhone diserang dengan virus yang dipanggil ikee.
Virus itu menyebabkan gambar penyanyi pop tahun 1980-an, Rick Astley keluar pada gajet tersebut.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: