Tuesday, November 17, 2009

Kung Fu Panda berbahasa Melayu


(Dari kiri) Monkey, Viper, Po, Master Shifu dan Tai Lung.


SIAPA yang tidak kenal dengan Po, seekor beruang panda yang comel dan gebu di dalam filem animasi Kung Fu Panda pada tahun lalu. Po yang dialih suara oleh pelakon terkenal, Jack Black, mempunyai badan yang besar, bersifat kelam kabut namun amat meminati seni mempertahankan diri itu berjaya memikat hati penonton.

Filem arahan Stevenson dan Mark Osborne ini turut menggunakan suara-suara pelakon terkenal Hollywood yang lain seperti Tigress yang menggunakan suara Angelina Jolie, Crane (Emmy David Cross), Mantis (Seth Rogen), Viper (Lucy Liu), Monkey (Jackie Chan) dan Master Shifu (Dustin Hoffman).

Kini, peminat filem Kung Fu Panda ini dapat menyaksikan mereka kembali di saluran HBO (Astro saluran 411) yang ke udara buat pertama kalinya pada 29 November ini pukul 9 malam.

Siaran ulangan pula pada hari Isnin 30 November ( 1 tengah hari), 3 Disember (11.30 malam), 5 Disember (11 pagi dan 7.30 malam) dan pada hari Ahad, 6 Disember, pada pukul 2.30 petang.

Menariknya lagi, buat kali pertama di HBO, penonton dapat menikmati filem animasi ini dalam bahasa Melayu atau Inggeris dengan menggunakan alat kawalan jauh Astro.

Kung Fu Panda mengisahkan tentang Po, seekor beruang Panda yang meminati seni mempertahankan diri kung fu namun tidak sesuai mempelajarinya kerana saiz badannya dan sifatnya yang kelam kabut.

Pada suatu hari, Po tanpa diduga dipilih untuk memenuhi satu ramalan purba, iaitu mengetuai Pahlawan Garang Berlima bagi menentang penjahat, Tai Lung (Ian McShane).

Pahlawan Garang Berlima yang terkenal itu terdiri daripada Tigress, Crane, Mantis, Viper dan Monkey yang dipimpin oleh Master Shifu.

Mereka semua menentang pemilihan Po kerana Po tidak mempunyai sebarang ilmu mempertahankan diri dan sangat lemah jika hendak dibandingkan dengan mereka berlima.

Master Shifu amat optimis dengan pemilihan Po dan melatihnya menjadi seorang pengamal kung fu yang hebat.

Tanpa pengetahuan mereka, Tai Lung yang merupakan seekor harimau bintang salji yang jahat dalam perjalanan ke tempat mereka untuk membalas dendam kerana kebenciannya kepada Master Shifu dan pengikutnya.

Kini semuanya terpulang kepada Po untuk mempertahankan semua orang daripada ancaman bahaya yang mendekati.

Bagi anda yang meminati animasi ini jangan lupa menyaksikan kehebatan panda yang comel ini berhadapan dengan musuh dan mempertahankan rakan-rakannya dan lebih menarik Po, Tigress, Crane, Mantis, Viper, Monkey dan Master Shifu berbahasa Melayu.

Untuk maklumat lanjut, layari www.hboasia.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: