Tuesday, November 17, 2009

Berfikir di luar 'kotak'


PROGRAM Leap DiGi mencabar peserta untuk berfikir dan menilai sesuatu dari perspektif berbeza.


SERAMAI 62 orang pelajar tahun ketiga dan tahun akhir dari Fakulti Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Elektrik, Pengurusan Perniagaan, Perakaunan dan Sains Asasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor telah menyertai program Leap DiGi.

Program Leap DiGi itu merupakan program pengurusan minda yang disasarkan untuk memberi inspirasi kepada mahasiswa. Ia merubah pemikiran mereka terhadap dunia pekerjaan, selain memperkenalkan pendekatan DiGi yang berani, berbeza serta dinamik.

Program tersebut mencabar peserta untuk berfikir dan menilai sesuatu perkara itu dari perspektif yang berlainan. Di samping itu, ia memupuk sikap lebih terbuka dan kompetitif dalam mendepani cabaran pada masa depan.

Setiap bulan sepanjang semester pengajian mereka, peserta perlu menghadiri empat sesi berbeza yang unik dari sudut tema dan objektifnya. Ia bertepatan dengan nilai-nilai utama DiGi iaitu mencetus inspirasi, hormat-menghormati, memudahkan dan menepati janji.

Menerusi pelbagai sesi kreatif, lawatan yang menyeronokkan serta sesi informatif bersama kakitangan DiGi, program itu memerlukan setiap peserta Leap belajar dan menimba pengalaman menerusi penyertaan aktif dalam semua aktiviti yang dianjurkan. Leap juga mencabar mahasiswa-mahasiswa itu untuk tampil lain daripada yang lain serta menggalakkan mereka untuk berfikir di luar 'kotak'. Pada masa yang sama, Leap juga membimbing mereka dalam kemahiran pengurusan.

Beberapa aktiviti telah dijalankan termasuk bengkel hujung minggu Breakaway dan sesi bina semangat di Hulu Langat, Selangor. Lawatan ke ibu pejabat DiGi bertujuan memberi mahasiswa peluang melihat cara kerja di DiGi.

Satu majlis graduasi juga telah diadakan dengan kesemua 62 orang pelajar yang menyertai program Leap kali ini menerima sijil Leap masing-masing daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DiGi, Johan Dennelind. Setiap seorang daripada mereka juga menerima pek sim DiGi Campus sebagai hadiah graduasi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: