|
|
ISTANBUL - Agensi-agensi yang terlibat dalam menghadapi banjir perlu memastikan data-data mangsa bencana itu dikumpul dengan lengkap dan tepat bagi memudahkan urusan tuntutan oleh mangsa dan kerajaan negeri selepas banjir, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).
Katanya, pendaftaran itu perlu dibuat dengan betul supaya ia dapat membantu dalam mempercepatkan proses penempatan semula, mahupun dalam menghulur bantuan kepada mereka yang kembali ke kediaman masing-masing selepas banjir.
"Kerajaan juga minta kerjasama daripada mangsa, terutama yang dipindahkan di pusat-pusat pemindahan supaya dapat menyampaikan maklumat yang tepat dan betul," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri Sidang Kemuncak Pertama Jawatankuasa Kerja Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Negara-Negara OIC (COMCEC) di sini semalam.
Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai keadaan banjir di Kelantan dan Kedah serta langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk membantu mangsa banjir.
Menurut Muhyiddin, operasi memantau dan menyelamat mangsa banjir oleh agensi-agensi yang berkaitan sudah dimulakan di kawasan terjejas banjir bagi memastikan tiada kemalangan nyawa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: