|
|
SAMBIL menyelam minum air, itulah yang sedang dilakukan oleh Julia Perez dalam kehidupannya sekarang. Julia kini tengah hangat bercinta dengan kekasihnya Gaston Castano setelah rumah tangganya dengan Damien Perez berakhir.
Julia bukan sahaja mempunyai hubungan cinta dengan Gaston tetapi juga menjadi rakan kongsi dalam penubuhan sebuah sekolah bola sepak di Indonesia.
Sekolah bola sepak itu telah wujud sejak enam bulan lalu dan Gaston yang merupakan seorang pemain bola sepak menjadi tenaga pengajar yang memberikan ilmu dan pengalamannya kepada pelajar sekolah tersebut.
Bagi menjayakan sekolah itu ke tahap yang lebih profesional, Julia Perez dan Gaston akan berangkat ke Argentina untuk meninjau dan mencari kurikulum sekolah bola sepak di sana.
Memandangkan hubungan yang semakin rapat antara mereka, peluang ini diambil oleh Gaston untuk memperkenalkan Julia kepada ahli keluarganya. Julia dilihat begitu teruja untuk bertemu dengan keluarga Gaston kerana menurutnya mereka begitu terbuka untuk menerima kehadirannya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: