Friday, November 27, 2009

Ifa Raziah Baru Kenal Erti Pengorbanan Seorang Ibu

Ifa, yang semakin langsing dan jelita, mengaku wajahnya tampak lebih berseri, hasil dari minuman kesihatan 'Seri Cotek', yang diperbuat dari herba mas cotek.

BAGI penyanyi dangdut Ifa Raziah, pengorbanan di hari raya Aidil Adha tahun ini lebih bermakna setelah bergelar ibu kepada dua orang anak.

"Setelah bergelar ibu, baru Ifa rasa macam mana pengorbanan itu sebenarnya. Macam Hari raya korban tahun ini, Ifa kena bekerja.

"Ifa akan muncul dalam program 'Wanita Hari Ini' Tv3 kerana bertugas tahun ini. Nasib baiklah suami dan anak-anak faham. Sebelah petang baru lah boleh rancang hendak pergi beraya kat mana," kata ibu kepada Sharifah Puteri Umairah, 10 tahun dan Muhammad Shakir Aqili, 4 tahun.

Jelasnya lagi, penat lelah yang dilaluinya saban hari semata-mata untuk melihat kebahagiaan anak-anak di belakang hari.

"Saya lakukan semuanya kerana anak-anak. Kadang tu memang Ifa rasa penat sangat. Penat terkejar ke sana ke mari. Tapi bila fikir, nak cari rezeki untuk anak-anak, Ifa redha saja," kata penyanyi yang popular dengan lagu single 'Panas'.

Ifa, yang semakin langsing dan jelita, mengaku wajahnya tampak lebih berseri, hasil dari minuman kesihatan 'Seri Cotek', yang diperbuat dari herba mas cotek.

"Kebetulan baru seminggu saya dilantik menjadi duta produk kesihatan 'Seri Cotek'. Tapi sebelum itu, memang saya telah menggunakan produk tersebut untuk tahu hasilnya.

"Saya dapat rasakan perubahan dalam diri saya setelah minum herba mas cotek selama beberapa bulan," kata Ifa yang akan menjadi duta minuman itu untuk tempoh satu tahun.

Sambungnya, "Khasiat mas cotek cukup banyak. Antara lain boleh mengubat kanser payu dara, gout, paru-paru berair, darah tinggi, buasir, migrain dan kencing manis. Herba ini juga ada anti oksida yang kuat selain melancarkan peredaran darah."

Kata Ifa, bukan saja mas cotek, apa saja yang membuat dia rasa lebih sihat dan cantik, akan dicubanya.

Tanpa segan silu, Ifa mengaku, dia antara selebriti yang paling obses dengan kecantikan. Baik kecantikan wajah mahupun badan, Ifa tidak akan teragak-agak melakukan apa saja, asalkan dia kelihatan cantik dan menawan.

"Sebagai wanita, kita tentu mahu kelihatan menarik selalu. Lagipun karier saya sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara menuntut saya supaya senantiasa tampil cantik selalu," jelas penyanyi berusia 34 tahun ini.

"Saya tak kisah apa orang nak kata. Yang penting Ifa tahu apa yang Ifa buat elok untuk diri sendiri," jelas Ifa yang pernah mengaku melakukan liposuction agar badannya kelihatan ramping.

Jelas Ifa Raziah atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustafa, dia ingin kekal menarik supaya perjalanan karier seninya berjalan lancar.

"Saya pernah meminta izin suami untuk melakukan pembedahan liposuction dan sebanyak satu kilogram lemak dibuang. Selepas itu saya berdiet dan membuat senaman selama setahun.

"Alhamdulillah, saya dapat bentuk badan yang saya inginkan dan saya tidak akan teragak-agak untuk melakukannya semula jika diperlukan lagi," jelasnya yang melakukan pembedahan tersebut di Semenyih.

Selain aktif berlakun, Ifa sedang sibuk membuat perancangan agar produk kecantikan 'Serifah' yang diusahakannya akan berada di pasaran kembali.

"Saya akan mengeluarkan produk anti penuaan dan krim jeragat untuk set penjagaan kulit 'Seripah'. Insya Allah, kalau semua berjalan lancar, produk itu berada di pasaran tahun hadapan.

"Saya ingin cari ekstrak yang betul-betul berkesan dan bukan sekadar gimik saja. Untuk membuat ransangan baru penjualan produk 'Seripah Raziah' saya perlu sekurang-kurangnya RM300 ribu," jelas Ifa yang masih terkilan dengan apa yang pernah berlaku dengan produk kecantikannya satu waktu dulu.

Kata Ifa, produk kecantikan 'Seripah' bukan tidak laku tetapi terjejas kerana perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab.

"Doakan saya. Moga-moga lepas ini saya akan keluarkan produk Serifah Razia rangkaian yang baru. Kes saman saya baru-baru ini tidak patahkan semangat saya untuk berniaga," kata Ifa yang sedang dalam perancangan menerbitkan album baru pada tahun depan.

Selepas lagu single 'Panas' dapat sambutan, Ifa terus berazam untuk buat album baru. Setakat ini, saya sudah ada beberapa buah lagu. Antaranya 'Setiakah' ciptaan Hazami dan sebuah lagu ciptaan Cat Farish.

"Sudah setahun saya tak ada lagu baru. Saya akan dapatkan khidmat komposer baru untuk album.

"Yang pasti saya akan tetap selitkan lagu dangdut. Orang kenal Ifa kerana dangdut. jadi dangdut itu wajib ada dalam album baru Ifa," kata penyanyi yang peramah ini.

2 comments:

  1. Pesakit radang paru-paru Copd

    En. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.

    Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: