Friday, November 20, 2009

Holiday Inn kini berwajah baru


SALAH satu bilik Hotel Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie yang diberi sentuhan dan wajah baru bagi menyediakan pengalaman menarik kepada pelanggannya.


SHAH ALAM - Melalui pelaburan sebanyak RM3 juta, Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie kini berwajah baru dengan persekitaran yang lebih kontemporari dan bergaya di samping menawarkan perkhidmatan pelanggan yang dipertingkatkan.

Menurut Pengurus Besar Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie, Anil Pathak, penambahbaikan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha syarikat induknya, Holiday Inn Hotels & Resorts untuk mewujudkan identiti dan ciri jenama baru.

Jelasnya, program mengubah wajah hotel berkenaan bukan sahaja tertumpu di sini tetapi ia turut melibatkan 3,200 hotel di seluruh dunia dengan membabitkan pelaburan sebanyak AS$1 bilion (RM3.39 bilion) dan dijangka siap menjelang hujung tahun 2010.

"Wajah baru ini diadakan berdasarkan kepada maklum balas tetamu tentang keperluan mereka.

"Sebagai contohnya, kami mengambil kira daripada aspek katil dan pancuran mandi yang baik sehinggalah kepada perkhidmatan pelanggan yang terbaik dengan wajah terkini," katanya pada majlis perasmian wajah baru hotel bertaraf lima bintang itu di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: