SHAH ALAM - Model Exora Basic Proton yang akan dilancarkan Sabtu ini dijangka menyumbang lima peratus kepada kuantiti jualan Exora pada tahun kewangan yang berakhir pada 30 Mac 2010.
Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd., Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir berkata, varian baru kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan tujuh tempat duduk itu akan dipamerkan di semua cawangan Proton Edar dan EON di seluruh negara mulai 21 November ini.
"Pelanggan boleh menempah model tersebut dengan bayaran RM500," katanya di sini semalam.
Menurut beliau, model tersebut yang hanya disediakan bagi transmisi manual tampil dengan tiga warna, perak, hitam dan putih padu.
Jelasnya, model warna putih padu akan dijual pada harga atas jalan RM57,548 di Semenanjung Malaysia dan RM60,148 di Sabah dan Sarawak, bagi model perak dan hitam pula kedua-duanya berharga RM57,998 di Semenanjung Malaysia dan RM60,598 di Sabah dan Sarawak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: