
LOS ANGELES - Ramai peminat filem beratur untuk menyaksikan gambaran kejadian hari kiamat sehingga filem 2012 memperoleh kutipan AS$65 juta (RM219 juta) di Amerika Syarikat (AS) sekali gus menduduki carta pertama box-office pada minggu lalu.
Filem 2012 memperoleh kutipan keseluruhan AS$225 juta (RM758 juta) berikutan tambahan sebanyak AS$160 juta (RM539 juta) daripada tayangan di luar negara.
Karya sains fiksyen itu mengisahkan usaha menyelamatkan saki-baki kehidupan yang berada dalam kapal gergasi ekoran pergerakan kerak bumi dan bah yang menenggelamkan banyak kawasan bumi.
Filem Disney's A Christmas Carol menduduki tempat kedua dengan kutipan sebanyak AS$22.3 juta (RM75 juta).
Cerita mengenai cabaran ketika melancong yang dibintangi Jim Carrey itu mengumpul AS$63.3 juta (RM213 juta) pada hari ke-10 tayangannya.
Filem Precious memasuki carta 10 filem utama dengan mengutip AS$6.1 juta (RM20.6 juta) dan berada di tempat keempat.
Sementara itu, filem mengenai usaha tentera AS melakukan kajian untuk membunuh dengan menggunakan kuasa mata iaitu The Men Who Stare at Goats menduduki tempat ketiga dengan kutipan AS$6.2 juta (RM20.9 juta).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: