Tuesday, November 17, 2009

Gaddafi minta 500 wanita Itali


SEBAHAGIAN wanita Itali yang menghadiri syarahan Gaddafi di Kedutaan Libya di Rom baru-baru ini.


LONDON - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi (gambar) meminta sebuah agensi teman sosial menyediakan 500 wanita Itali yang jelita untuk menemani beliau dalam satu majlis, lapor sebuah akhbar semalam.

Gaddafi yang berumur 67 tahun itu turut menetapkan wanita berkenan mesti berumur bawah 35 tahun, tidak memakai skirt mini atau memakai baju yang mendedahkan bahagian dada namun pemakaian kasut bertumit tinggi dibenarkan.

Semua wanita yang berpakaian cantik tersebut diarahkan untuk bertemu Gaddafi di lobi sebuah hotel di tengah Rom sebelum dibawa ke kediaman duta Libya ke Itali.

Gaddafi kini berada di Rom bagi menghadiri sidang kemuncak Keselamatan Makanan Dunia.

Namun sebahagian daripada wanita itu diarahkan pulang kerana berpakaian tidak senonoh atau terlalu pendek.

Gaddafi tiba dengan menaiki sebuah limousin sejam lewat berbanding jadual asal.

Beliau kemudian memberikan syarahan mengenai keindahan dan keagungan Islam sebelum mengesyorkan wanita-wanita teman sosial berkenaan memeluk Islam.

Gaddafi turut memberikan hadiah kitab al-Quran dan sebuah buku mengenai demokasi dan falsafah politik yang diterbitkan pada 1975.

Bagaimanapun, syarahan Gaddafi tidak berjalan lancar setelah wanita yang dibayar tip 50 euro (RM252) itu menyatakan mereka tersinggung dengan ceramah tersebut.

"Saya ingat kami akan menghadiri satu parti hebat tetapi hakikatnya kami menghadiri majlis syarahan.

"Tiada air minum atau makanan ringan disediakan," kata seorang gadis.

Gaddafi terkenal dengan perangai peliknya semasa berada di luar negara.

Antara perbuatan peliknya ialah membina khemah di hadapan kediaman yang menjadi kediaman rasminya dengan dikawal oleh skuad pengawal peribadi wanita.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: