Thursday, November 12, 2009

Ekonomi belum pulih - APEC

SINGAPURA - Menteri-menteri negara-negara di Asia Pasifik semalam menyatakan pertumbuhan ekonomi pada masa depan bergantung kepada perdagangan bebas serta keselamatan sosial yang lebih baik.

Semua menteri kewangan dan luar negara di Asia Pasifik yang bermesyuarat di sini sebelum sidang kemuncak Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini masih mencari formula untuk mengekalkan pemulihan ekonomi di sebalik cabaran keselamatan serta politik serantau.

Sidang pada hujung minggu ini dihadiri Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.

Menteri Luar Singapura, George Yeo, berkata, krisis ekonomi masih belum berakhir sekali gus mendesak negara-negara anggota untuk membuka pasaran dengan lebih luas.

Sementara itu, Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton menggesa para pemimpin untuk bersatu dalam menangani masalah pemanasan global serta membantu mendesak junta tentera Myanmar menuju ke arah pelaksanaan demokrasi sepenuhnya.

APEC yang diasaskan kira-kira 20 tahun lalu bertujuan untuk menggalakkan perdagangan dan integrasi di kawasan Asia Pasifik.

Namun, ia kemudian memperluaskan perbincangan meliputi pelbagai isu selain daripada ekonomi seperti pemansan global, keselamatan tenaga dan makanan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: