Tuesday, November 17, 2009

Disney’s High School Musical: Summer Celebration gegar KL Disember

Sekiranya anda teruja dengan semangat dan kelincahan tarian High School Musical di Saluran Disney, bersiap sedialah menikmati pesta yang lebih menarik dan bertenaga apabila pasukan Wildcats membuat persembahan langsung di Kuala Lumpur mulai 1 hingga 6 Disember. Penonton berpeluang menikmati pilihan mega-mix terbaik apabila kumpulan ini mempersembahkan nyanyian dan tarian daripada lagu hit ketiga-tiga cerita High School Musical.

Persembahan pentas High School Musical yang dipanggil Summer Celebration membawakan babak menarik High School Musical ke pentas dengan menampilkan barisan pelakon yang memainkan watak East High kegemaran anda seperti Troy, Gabriella, Ryan, Sharpay, Chad, Taylor dan Kelsi. Persembahan muzikal yang diterbitkan dan dipersembahkan oleh Feld Entertainment, peneraju dunia dalam penerbitan dan persembahan pertunjukan pentas, bakal menyaksikan penonton menari dan menyanyi bersama-sama 15 lagu daripada cerita-cerita High School Musical. Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan termasuk We’re All in This Together daripada High School Musical, Fabulous (High School Musical 2) dan Can I Have This Dance (High School Musical 3: Senior Year).

Usaha membawa persembahan yang hebat ini ke Malaysia dilakukan promoter, ZI Production Sdn Bhd.

Jangan lupa bersama-sama pasukan Wildcat menyaksikan Disney’s High School Musical: Summer Celebration Disember di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Persembahan bermula jam 3 petang dan 8 malam masing-masing untuk persembahan siang dan persembahan malam. Harga tiket bermula dari RM58 hingga RM283 dan telah mula dijual melalui Ticket Pro Hotline di talian 03-7880 7999.

Maklumat lanjut harga tiket, pakej istimewa dan peruntukan tempat duduk, sila layari www.ticketpro.com.my. Untuk pembelian tiket bagi jualan korporat dan pakej makan malam sahaja, sila hubungi 03-2283 1516.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: