Tuesday, November 17, 2009

Suami minta rujuk arwah isteri


KENANGAN. Mimi menunjukkan gambar perkahwinan ayah, Mohd. Fudzi dan arwah ibunya, Noraini di rumah mereka di Ampang dekat Kuala Lumpur.


KAJANG - Setelah 10 tahun isterinya berkahwin lain, seorang bekas pegawai polis akhirnya memfailkan permohonan pengesahan rujuk terhadap wanita itu yang meninggal dunia pada 2007 di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini semalam.

Ia satu tempoh yang agak panjang untuk Mohd. Fudzi Sulaiman membuat permohonan, tetapi jawapan yang diberi bila persoalan itu diajukan menimbulkan misteri.

"Saya keliru dengan apa yang berlaku dan tidak mahu kecoh-kecoh kerana enggan mengaibkan mana-mana pihak.

"Selain itu, saya tidak mahu menghebahkankan perkara ini kerana ia melibatkan maruah keluarga," kata Mohd. Fudzi, 58.

Menurutnya, permohonan itu dibuat berikutan berlaku masalah pembahagian harta si mati, Noraini Abu Bakar, 53, yang diserahkan kepada suami barunya sebagai waris sedangkan Mohd. Fudzi mendakwa si mati masih isterinya.

Namun, keputusan bagi permohonan tersebut yang sepatutnya dibacakan oleh Hakim Syarie, Mohd. Fadzil Hasan semalam ditangguhkan pada 24 November depan.

Alasan penangguhan itu ialah kerana hakim memerlukan masa untuk meneliti hujah tambahan berhubung autoriti kes yang difailkan peguam syarie plaintif, Norazmi Mohd. Arif pada 9 November lalu.


WAJAH Noraini pada hari pernikahan kali kedua pada tahun 2001


Mohd. Fudzi yang hadir di mahkamah membuat permohonan pengesahan rujuk terhadap isterinya, Noraini yang juga seorang anggota polis pada 2008 iaitu setahun selepas kematiannya akibat kanser payu dara.

Menurut Norazmi, plaintif dan si mati telah berkahwin pada 1976 namun mereka bercerai pada 2 November 1984 tetapi rujuk semula sehari kemudian dan tinggal bersama sehingga mendapat empat orang anak sehingga 2001.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: