
DI sebalik kisah cinta Michael Buble dengan kekasihnya, Luisana Lopilato, rupanya ada kisah lucu terjadi pada awal pertemuan mereka hujung tahun lalu.
Ini kerana pada awalnya, Luisana menyangka Michael ialah seorang gay.
Cerita Michael, dia dan Luisana bertemu pada satu konsertnya November tahun lalu. Oleh kerana aktres berasal dari Argentina itu, tidak boleh berbahasa Inggeris, Michael terpaksa menggunakan kawan lelaki Luisana sebagai orang tengah.
"Kami berbual hampir sepanjang malam, tetapi pada akhirnya saya lebih banyak berbual dengan kawan Luisana.
"Selain saya mahu mengenali Luisana dengan lebih dekat melalui kawannya, saya juga sebenarnya agak gementar waktu itu bertemu dengan wanita secantik dia," ujar Michael kepada akhbar The Sun.
Rupa-rupanya, kata Michael dia mendapat tahu yang Luisana memberitahu ibunya melalui telefon yang Michael seorang gay kerana lebih tertarik dengan kawan lelaki itu.
Bagaimanapun selepas mengetahui Luisana masih solo, Michael memberanikan diri untuk mengajak wanita itu bertemu lagi dan kemudian berpacaran.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: