
ADILAH (kanan) berkongsi kegembiraan sambil menunjukkan sijilnya kepada rakan-rakannya (dari kiri) Mohd. Muslim Mat, Mohamed Zafar Mohamed Ghazali, R. Anantakumar dan Hee Shieh Li pada Majlis Konvokesyen ILJTM di MITC Ayer Keroh, Melaka.
MELAKA – Graduan terbaik Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) Kulim, Adilah Ismail menyifatkan keputusan buruk yang diperoleh pada tahun 2004 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kesilapan yang boleh dibaiki.
“Waktu itu memang ada perasaan malu apatah lagi keputusan SPM saya tidak layak untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana universiti.
“Apabila diterima belajar di Adtec, saya nekad untuk tidak mengulangi kesilapan lalu dan inilah hasilnya,” katanya selepas majlis konvokesyen Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ke-14 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: