PERTH - Britney Spears (gambar) berkurung di bilik hotel penginapannya di sini semalam selepas kontroversi dia menyanyi secara gerak bibir bakal menjejaskan konsert jelajah Australia bintang pop berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Ramai peminat berasa tertipu dengan persembahan hambar Spears bertindak meninggalkan konsertnya di Burswood Domes pada Jumaat lepas semasa lagu ketiganya dinyanyikan.
Rata-rata, peminat penyanyi itu mendakwa persembahan Spears langsung tidak berbaloi dengan tiket berharga AS$200 (RM623) yang dibayar oleh mereka.
"Saya mahu wang saya dikembalikan. Saya membayar wang yang mahal cuma untuk menyaksikan (Spears) menggerakkan bibir," kata seorang peminat, Amanda Hawlet, 22.
"Nyanyian dan persembahan Spears sungguh teruk. Dia tidak mengeluarkan suara langsung dan persembahannya hambar," kata seorang lagi peminat, Kathy Wright, 32.
Selain itu, peminat turut mempersoalkan paparan skrin yang kabur dan hanya menunjukkan imej sarkas.
Mereka mendakawa ia sebagai cubaan menutup kelemahan persembahan Spears selain tindakannya yang kerap berpaling ke belakang.
Kontroversi nyanyian gerak bibir itu membuatkan Spears semakin tertekan sejak dia tiba di Australia selain menjadi tajuk utama akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuk saluran CNN di Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: