
LONDON - Satu pasangan kekasih sanggup berada dalam barisan selama 12 jam 35 minit semata-mata untuk menjadi pelanggan pertama memasuki gedung beli-belah H&M yang menjual barang jenama Jimmy Choo di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Pasangan itu, Will Cubberley dan Kate Smith beratur pada pukul 8 malam Khamis lalu sebelum gedung itu dibuka pada 8 pagi Jumaat lepas.
Bukan sahaja pasangan itu, tetapi ribuan lagi orang sanggup beratur bagi membeli barang Jimmy Choo seperti kasut dan gelang tangan pada harga lebih murah.
Will, 28, dan Smith, 24, yang telah mengikat tali pertunangan sanggup 'berkhemah' di tepi gedung itu dan menghadapi cuaca sejuk dan berangin.
Namun, usaha pasangan itu berbaloi apabila mereka dapat membeli sepasang kasut tumit tinggi berharga £79.99 (RM450.95), but bernilai £99 (RM558.13) dan dua beg tangan masing-masing berharga £69.99 (RM364.58).
"Dua belas jam 35 minit (berbaris di luar gedung itu)," kata Kate sambil tersenyum.
"Namun, ia berbaloi," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: