![]() |
| |
OXFORD - Seorang profesor etika di Universiti Oxford, Dr. Toby Ord (gambar) berikrar untuk menyumbangkan wang £1 juta (RM5.63 juta) sebagai salah satu inisiatif untuk membantu memerangi kemiskinan di negara-negara membangun, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia akan memberikan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya dan sebarang pendapatan lain melebihi £20,000 (RM112,755) sepanjang dia berkhidmat sebagai profesor.
Menurut pengiraannya, dia boleh memperoleh pendapatan sebanyak £1.5 juta (RM8.45 juta) sepanjang kerjaya perkhidmatannya.
Dr. Ord yang berumur dalam lingkungan 30-an merupakan pensyarah di Institut Masa Depan Kemanusiaan di Universiti Oxford.
Dia berkata: "Jika saya membelanjakan wang untuk diri saya, saya boleh pergi melancong, membeli iPhone dan makan di restoran mewah.
"Justeru, saya mempunyai satu pilihan iaitu memperbaiki kehidupan puluhan ribu orang atau menambahkan nilai dalam kehidupan saya," katanya.
Dia yang merupakan lulusan ijazah sarjana muda sastera dan sains di Universiti Melbourne, Australia mendapat ijazah sarjana dan doktor falsafah etika dari Universiti Oxford.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: