Sunday, November 15, 2009

Beli pistol di negara jiran


KERATAN Kosmo!


KUALA LUMPUR - Polis percaya seorang lelaki bersenjatakan pistol yang mengancam kekasihnya yang merupakan pemilik salon kecantikan di Ampang Waterfront 3 dekat sini kelmarin memperolehi senjata tersebut daripada negara jiran.

Ini berdasarkan semakan pada pasport suspek berusia 23 tahun tersebut yang mendapati dia kerap keluar masuk ke negara berkenaan dan yang terbaru beberapa hari sebelum kejadian itu berlaku.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, walaupun suspek menyatakan dia mendapatkan pistol tersebut di Pulau Pinang dengan harga RM20,000 tetapi pihaknya perlu membuat siasatan lanjut mengenai dakwaannya itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: