Sunday, November 15, 2009

Burung tanpa kepala di rumah Abu Hassan


ABU HASSAN menunjukkan bangkai burung merpati tanpa kepala yang ditemui di depan pintu rumahnya di Jitra.





JITRA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Shariff semalam membuat laporan polis selepas menemui bangkai seekor burung merpati tanpa kepala di hadapan pintu rumahnya kira-kira pukul 7 petang kelmarin.

Kejadian itu pada mulanya disedari oleh isterinya, Datin Sabariah Baharom, 46, ketika beliau pulang ke rumah setelah mengikuti satu program di Alor Setar.

Abu Hassan membuat laporan tersebut di Balai Polis Jitra pada pukul 1.05 pagi ini selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada isterinya.

"Ketika kejadian tiada siapa di rumah dan disebabkan dia (Sabariah) rasa tidak sedap hati, beliau terus SMS saya. Setelah berbincang dengan keluarga, saya ambil keputusan membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan mereka," katanya yang tiada di rumah semasa kejadian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: