Sunday, November 15, 2009

Mangsa banjir meningkat di Kedah


NAIB Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulfitri Yaccob (dua dari kiri) menyampaikan bantuan makanan kepada seorang mangsa banjir, Juliana Jamil, 34, di Kampung Padang Paya Lantau, Changlun, Kedah semalam.


ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 679 mangsa daripada 158 keluarga dengan pertambahan sebuah lagi pusat pemindahan banjir di Kubang Pasu semalam.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri, Daerah Kubang Pasu mencatatkan jumlah paling ramai berpindah ekoran hujan lebat sejak dua hari lepas.

"Semalam, sebuah lagi pusat pemindahan banjir dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Malau yang terdiri daripada 44 keluarga dengan 211 mangsa.

"Jumlah mangsa banjir di daerah itu secara keseluruhannya seramai 118 keluarga dengan 516 mangsa telah ditempatkan di lima buah pusat penempatan banjir," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: