Friday, November 20, 2009

Amah culik Nurdiana ditahan


Mohd. Shaharani SaibiHASLINDA dan suaminya, Abu Hussin melayan kerenah Nurdiana ketika ditemui wartawan di Shah Alam.


SHAH ALAM - Selepas Siti Nurdiana Aung Soe, kanak- kanak berusia dua tahun yang dilarikan pembantu rumahnya, ditemui semula kelmarin, polis memberkas pula amah itu yang bersembunyi di Masjid Pakistan di Jalan Chow Kit di ibu negara.

Suparmi, 50, ditahan pada pukul 10 pagi semalam hasil maklumat orang awam. Dia dipercayai telah bersembunyi di masjid itu sejak kelmarin.


Suparmi


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin berkata, suspek yang berasal dari Medan, Indonesia itu dipercayai bersembunyi di masjid itu sebelum dia merancang untuk menyeludup pulang ke Medan.

"Suspek yang tidak ada dokumen perjalanan itu akan dibawa ke mahkamah esok (hari ini) bagi direman," kata beliau di sini semalam.

Selasa lalu, Nurdiana dilarikan Suparmi ketika ibu bapanya, Aung Soe atau Abu Hussin, 38, dan Haslinda Damanik, 35, tiada di rumah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: