|
|
WALAUPUN belum menjadi pelakon senior seperti Aishwarya Rai atau Kareena Kapor, Katrina Kaif kini dilaporkan antara pelakon wanita yang paling dimahukan dalam satu kaji selidik di dalam Internet.
Bahkan, pelakon berusia 25 tahun yang juga bekas model itu dikatakan mempunyai hubungan dengan lelaki kelas A.
Bagaimanapun, Katrina yang baru sahaja muncul dalam filem Ajab Prem ki Ghazab Kahani yang memasuki panggung empat hari lalu berkata, kejayaan dan populariti yang dikecapinya hari ini tidak datang dengan mudah.
Dia mengakui dia berusaha dengan bersungguh-sungguh dan penuh disiplin diri untuk sampai ke tahap itu sekarang.
"Ia tidak berlaku dalam waktu hanya satu malam. Saya bertungkus-lumus untuk bermula dengan model sebelum mencuba nasib dalam bidang lakonan.
"Pada awalnya saya tidak tahu sama ada bidang lakonan adalah dunia saya. Bagaimanapun apabila watak-watak yang bagus mula saya terima dan filem menjadi hit, lihatlah apa yang saya kecapi sekarang," ungkapnya.
Bermula dengan agak goyah pada tahun 2003 dalam filem Boom, sejak itu Katrina mula lebih selektif dengan watak lakonannya.
Filem Namastey London pada tahun 2007 dan Blue pada tahun lalu antara yang paling melonjakkan nama Katrina.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: