
KOTA BHARU - Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras Negara Kelantan merampas hampir 100 tan metrik beras tempatan dalam satu serbuan di sebuah stor penyimpanan milik pemborong berlesen di Wakaf Bharu di sini malam kelmarin.
Dalam serbuan pada pukul 11.30 malam itu, kira-kira lebih 1,000 kampit beras yang diisi dalam guni pelbagai saiz seberat 50 kilogram, 10 kilogram dan sembilan kilogram bernilai hampir RM150,000 dirampas.
Serbuan yang dijalankan hasil maklumat orang awam itu bagaimanapun menjadi sukar apabila pemilik premis itu bertindak menghalang pihak berkuasa untuk melakukan pemeriksaan dan mengangkut beras ke dalam lori.
Serbuan itu dibuat ekoran pemilik itu disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Kawal Selia Padi Beras serta Perintah Beras Kawalan Gred dan Harga 1994.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: