Friday, January 16, 2009

Zellweger sedia berkahwin lagi




RENEE ZELLWEGER


INI berita baik buat peminat lelaki aktres Renee Zellweger. Aktres jelita itu mengumumkan dia kini telah bersedia untuk mencari calon suami baru.

Pemenang Oscar itu menjanda sejak 2005 selepas bercerai dengan penyanyi country, Kenny Chesney.

Dalam temu bual dengan Marie Claire aktres berusia 39 tahun yang pernah dikaitkan dengan aktor Jim Carrey dan George Clooney berkata: "Saya tidak pernah kata tidak mahu kahwin lagi. Saya cuma tidak memperkatakan mengenainya sahaja.

"Tetapi kini saya mengakui mahu didampingi lelaki bergelar suami. Itupun kalau saya ada jodoh."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: