SUDAH kaya, nak kaya lagi. Begitulah pasangan terkenal David Beckham dan isterinya Victoria yang sanggup memperagakan pakaian dalaman untuk jenama terkenal Emporio Armani baru-baru ini.
Dengan tawaran 32 juta paun oleh pihak Armani, pasangan ini bersetuju untuk menjadi model pakaian dalam Armani bagi koleksi musim panas dan bunga.
David, 33, pada mulanya telah menandatangi 20 juta paun untuk perjanjian menjadi duta fesyen Armani bagi tahun 2007. Sementara Victoria, 34, pula mengikat kontrak berjumlah 12 juta paun tahun lepas.
Menurut pereka berbangsa Itali, Giorgio Armani, Pemilihan Victoria dibuat kerana dia adalah seorang wanita yang bergaya dan cukup mempesonakan.
"Pakaian dalaman Armani pula menggairahkan dan provokatif. Jadi kami mencari seseorang yang boleh membawa jenama ini dengan impresif. Kehadiran Victoria membuat ramai teruja," jelas pereka yang terkenal itu.
Gambar hitam putih itu dirakamkan di Milan, Itali itu. Untuk sesi fotografi, pasangan popular Beckham telah memberi persetujuan untuk memperagakan pakaian dalaman Emporio Armani.
Suami Victoria, David yang baru saja menandatangani perjanjian dengan AC Milan, telah memberi 'pose' menarik dalam seluar dalam berwarna putih dan meniarap di atas katil.
Sementara isterinya, Victoria pula memakai baju dalam 'polka dot' berbaring di sampingnya di buju katil.
Gambar yang dirakam itu menjadi kebanggaan Emporio Armani yang disifatkan sebagai 'wajah terbaru' brand terkenal itu.
Ramai yang tahu betapa cerewetnya bekas anggota 'Spice Girl' Victoria 'Posh' Beckham itu tentang susuk badannya.
Kebiasaannya, Victoria akan pastikan apa saja yang dimakan tidak melampaui batas atau memberi kesan kepada bentuk badannya. Oleh sebab itu, selesai saja penggambaran, Victoria tidak sabar-sabar untuk melihat hasilnya.
Namun setelah melihat kembali foto yang diambil beliau begitu kritikal setiap aspek bentuk badannya. Ada-ada saja yang tidak kena di matanya.
Sumber yang dekat dengan beliau berkata, "Walaupun dia suka foto-foto yang diambil itu, Victoria tidak begitu gembira dengan tempat-tempat bermasalah di badannya."
"Mujurlah perutnya telah diberi sedikit make-up dan pencahayaan. Semua ini telah memberi kesan positif kepada foto yang dirakamkan itu," kata Victoria.
Beliau juga tidak puas hati dengan posturnya dan kini membuat senaman agar bentuk bahunya tidak kelihatan bulat sangat.
Victoria juga tidak benarkan sesiapapun merakam bahagian pinggulnya. Dia memberitahu itu adalah satu tempat yang tidak boleh dirakamkan.
Sambil melawak, beliau berkata hanya dia dan suaminya, David Beckham saja yang tahu bagaiman keadaan perutnya, dengan kesan merekah selepas bersalin dan geleber. Dan dia mahu pastikan keadaan itu kekal begitu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: