Thursday, January 15, 2009

'Tunangku Lelaki Ego'




AKTRES seksi, Megan Fox dilaporkan bengang dengan tunangnya, aktor Brian Austin Green.

Semuanya gara-gara kerana keengganan Green menemaninya ke majlis anugerah Golden Globe ke-66 Ahad lepas.

Fox hadir berseorangan ke majlis anugerah tersebut dengan berpakaian glamor menyebabkan ramai yang bertanyakan di manakah gerangannya Green.

Aktres jelita itu kemudian dengan nada marah berkata kepada Contactmusic: "Dia (Brian Austin Green) enggan hadir ke sini. Dia tidak mahu menemani saya. Dia lelaki, dia memiliki ego."

Tambahnya, "Saya tak fikir dia menghiraukan tentang majlis anugerah ini."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: