![]() |
| |

ENTAH apa yang merasuk pemikiran penyanyi Indonesia ini sehingga sanggup mengusir ibunya dari rumah.
Tere dikhabarkan telah mengusir ibu kandung sendiri dari kediaman peribadinya di kawasan Cijantung, Jakarta Timur.
Keinginan penyanyi tersebut untuk menjual rumah ibunya telah ditolak mentah-mentah. Kerana itu Tere berusaha membuatkan ibunya keluar rumah dengan memberikannya tiket penerbangan ke Medan.
Sewaktu ibunya berada di Medan, Tere bukan sahaja telah mengosongkan rumah malah telah menukar kunci rumah agar ibunya tidak dapat memasuki kawasan rumah itu.
Dengan penuh rasa sedih dan kecewa, ibu penyanyi tersebut telah meminta pertolongan pihak polis untuk membantunya memasuki rumah sendiri.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: