
SELAGI Memey dan Norman berdiam diri, selagi itulah kisah tentang mereka berdua diperkatakan. Biarpun mereka tak muncul di media, rupa-rupanya Norman dan Memey tak segan nak keluar bersama di hadapan khalayak.
Seperti baru-baru ini, teman Diva beritahu dia telah hadir ke majlis perkahwinan saudara Norman awal Januari lalu. Majlis yang diadakan di Kampung Pengantin, Ampang itu turut dihadiri Norman dan keluarganya.
Menariknya bersama Norman bukan sekadar keluarganya, tapi terselit Memey.
"Memey duduk di tengah-tengah, antara Norman dan ibu Norman. Mereka nampak mesra. Mungkin memang betul agaknya Memey telah diterima baik keluarga Norman. Bila agaknya mereka nak umumkan perkahwinan ya?" begitu cerita teman Diva baru-baru ini.
Menurut teman Diva ini lagi, Memey pun nampak selesa dikelilingi keluarga Norman. Dan katanya lagi, siapa kata Memey bersembunyi? Hanya dia tak mahu muncul di media sahaja. Tapi dengan Norman, hubungan mereka masih berjalan macam biasa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: