Monday, January 12, 2009

Soseh Soseh: Artis rampas suami orang


SS bangga betul dengan pendirian pereka fesyen terkenal ini yang tidak mahu bersekongkol dengan seorang artis popular ini. Pereka fesyen yang SS perkenalkan sebagai Mr J ini dengar cerita artis terbabit hendak berkahwin.

Apabila disebut mengenai perkahwinan, mesti artis itu sekarang sibuk menyiapkan kelengkapan untuk menyambut hari bahagianya itu dan antara persiapan paling penting mencari baju pengantin yang gah dah mahal harganya. Bersesuaian status bakal suami artis itu anak orang berada.

Butik Mr J yang terletak di tengah kesibukan ibu kota memang menjadi pilihan golongan artis dan VIP. Butik Mr J sangat terkenal kerana Mr J ini juga budiman orangnya. Harga boleh runding dan kalau kena gaya Mr J sanggup menaja. Rekaan busana pengantin Mr J juga sentiasa yang terkini.

Bukan itu saja, Mr J tidak kisah kalau ada rakan SS yang ingin meminjam bajunya untuk digayakan artis pada sesi fotografi untuk akhbar atau majalah. Tidak payah surat-menyurat kerana ia lebih kepada atas dasar persahabatan dan kepercayaan.

Ok...berbalik kepada cerita artis yang hendak berkahwin itu, bukan saja Mr J tidak sudi menaja baju pengantin malah kalau artis itu datang menempah baju di butik itu pun, Mr J tak mahu terima.

Kata Mr J kepada rakan SS dia tidak rela membuat baju pengantin artis itu walaupun dia tahu artis itu mampu membayar berapa saja harganya. Jangan salah faham, Mr J bukan cemburu kerana artis itu dapat suami kaya raya tetapi dia meluat dengan sikap artis itu yang ingin membina kebahagiaan di atas keruntuhan rumah tangga orang lain.

Mr J kenal benar dengan bekas isteri bakal suami artis itu yang sangat baik orangnya. Jadi sebagai tanda simpati kepada wanita malang itu Mr J tidak akan bekerjasama dengan artis itu.

Artis itu sanggup merosakkan hati kaum sejenisnya semata-mata ingin memenuhi kehendak dirinya sendiri. Tak tahulah artis itu jenis makhluk apa. Hendak dikatakan tak boleh berfikir, Allah kurniakan dia akal dan fikiran. Atau mungkin juga artis itu menganggap pemberian Allah itu sebagai perhiasan dalam kepalanya.

Jika lama tak digunakan, otak itu berkarat. Apabila dah berkarat itulah jadinya. Dah tak tahu menilai yang mana baik dan buruk.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: