Sunday, January 11, 2009

Siti Nurhaliza dapat jam sempena hari jadi


SITI NURHALIZA di samping kek hari jadinya malam tadi.


KUALA LUMPUR - Dua tahun lalu, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, 50, menghadiahkan sebuah kereta Mercedes hitam dengan nombor pendaftaran angka 11 sebagai tanda cinta sempena ulang tahun isteri kesayangannya, Datuk Siti Nurhaliza.

Tahun ini pula, suami penyanyi tersohor itu menghadiahkan jam tangan buatan Switzerland pula.

"Jenamanya belum tahu lagi kerana kami akan ke Bukit Bintang esok (hari ini) untuk pilih jam.

"Sebenarnya Siti tak mahu hadiah kecuali kasih sayang daripada suami, itu sudah cukup,'' kata Siti dengan wajah berseri-seri ketika diraikan pada majlis hari ulang tahunnya yang ke-30 dekat sini malam tadi.


OMEGA ATAU ROLEX? Mana satu jam yang menjadi pilihan Datuk K untuk dihadiahkan kepada Siti Nurhaliza.


Majlis sederhana yang dianjurkan oleh Datuk K di kediaman mereka yang bernilai RM6 juta di Bukit Antarabangsa, Ampang, bertemakan putih dan merah jambu.

Sejak bernikah dengan Datuk K pada 21 Ogos 2006, suami penyanyi itu tidak pernah terlepas meraikan ulang tahun kelahiran Siti.

Sementara itu, Datuk K mengharapkan agar tahun 2009 akan menganugerahkan cahaya mata buat mereka selain tiada lagi fitnah yang membelenggu seperti sepanjang tahun 2008.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: