Memang tepat seperti yang dilaporkan awal oleh blog ini :
Pasangan pengantin baru, Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari atau BCL terpaksa dimasukkan ke rumah sakit Abdi Waluyo, Menteng, Jakarta Pusat.
Pengurus mereka, Dody berkata Ashraf dan Bunga perlu berehat dan dirawat sejak hujung minggu lalu dan keadaan mereka bertambah baik.
“Ashraf dijangkiti demam denggi berdarah. Bunga pula tidak sihat berterusan. Bunga masuk hari Ahad, Ashraf masuk hari Selasa lalu,” kata Dody. Selepas selesai majlis pernikahan dan resepsi, pasangan itu terus berbulan madu di kepulauan Maladewa (Maldives).
Selepas itu mereka sibuk mempromosikan filem Saus Kacang dibintangi pasangan berkenaan dan berterusan dengan penggambaran sinetron menyebabkan kedua-duanya tidak mempunyai masa rehat yang cukup.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: