Wednesday, January 14, 2009

RTM gam Memey Suhaiza jika didapati bersalah


MEMEY


KUALA LUMPUR - Pelakon Memey Suhaiza Suhaimi, 20, bakal mengikut jejak langkah artis-artis lain seperti Saleem dan Rosnah Mat Aris yang digantung oleh RTM seandainya dia didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah atas tuduhan berkhalwat baru-baru ini.

Ketua Pengarah RTM, Datuk Abdul Rahman Hamid berkata, RTM secara prinsip tidak mahu masyarakat memandang serong terhadap stesen penyiaran kerajaan itu gara-gara menyiarkan paparan drama atau filem lakonan artis bermasalah.

"Dalam kes Memey ini, sememangnya RTM memandang serius kes salah lakunya tapi Memey masih belum dibuktikan bersalah di mahkamah dan pada masa yang sama, cakap-cakap mengenainya hanya jadi mainan akhbar.

"Justeru, RTM tak boleh secara drastik menghukumnya sama ada digam terus atau digantung dalam tempoh masa tertentu,'' katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.



No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: