HAI Diva. Saya cuma nak beri sikit pandangan mengenai majlis resepsi Mawi-Ekin bertemakan Arab yang berlangsung pada 11 Januari lalu.
Bukan apa, saya tertarik dengan konsep dan perancangan yang dilakukan. Majlis itu tampak begitu hebat dan tak ada tandingan dengan majlis perkahwinan artis tempatan lain.
Jadi harapan saya, biarlah semua yang hebat ini kekal dan saya tak mahu melihat pasangan ini juga berpisah kelak macam kebanyakan pasangan artis yang lain.
Sebab saya tak dapat bayangkan, betapa hebatnya pula liputan yang bakal mereka terima nanti. Kalau betul, adakah akan diprogramkan juga nanti?
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: