Monday, January 19, 2009

Polis jadi 'tetamu istimewa' hari jadi Kate Moss

Supermodel British Kate Moss sanggup beri pose separuh bogel untuk satu kalender.

Sambutan hari ulang tahun supermodel British Kate Moss begitu bingit hingga menyebabkan jiran tetangganya memanggil polis.

Malah panggilan dibuat ke pihak polis bukan sekali, malah dua kali kerana terlalu bising.

Moss telah menyambut hari jadinya yang ke 35 baru-baru ini bertemakan kehidupan liar di kediamannya di utara London. Menurut laporan akhbar, polis telah menyuruh Kate perlahankan muzik dan menasihatkannya supaya tidak membuat bising setelah jiran tetangga membuat aduan.

Menurut seorang jiran Moss, ramai jiran yang membuat aduan.

"Ianya terlalu bising. Kami tidak ada pilihan untuk melaporkan kepada pihak polis.

"Saya terpaksa membawa tiga anak kecil saya yang ke bilik sebelah untuk tidurkan mereka," jelas jiran Moss yang berusia 51 tahun itu.

Seorang lagi jiran pula mengadu yang muzik di rumah Moss terlalu kuat sehinggakan bergaung dan menembusi tembok yang tebal.

"Setelah membuat aduan, pihak polis telah datang pada jam 1 pagi tetapi setelah mereka tinggalkan tempat kami, muzik itu dikuatkan lagi sehingga jam 7 pagi," kata tetangga lelaki Moss itu.

Hari lahir Moss sebenarnya jatuh pada 16 Januari tetapi sambutannya dimulakan sehari sebelumnya dan berlarutan selama 9 jam dengan hidangan minuman keras di sebuah Resotan China di Hotel Dorchester Hotel, Mayfair.

Sambutan hari jadi itu dijangka berterusan sehingga pagi ini. Dalam perkembangan lain, Moss telah memberi poss separuh bogel, mendedahkan buah dadanya untuk kalender Pirelli keluaran 2009.

Supermodel itu telah membuat rakaman ghairah itu di satu lokasi yang menyerupai kehidupan liar Botswana.

Kalender Pirelli calendar, yang memaparkan model bogel, mula diterbitkan pada tahun 1964 dan diedarkan pada sekumpulan 30,000 orang setiap tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: