Tuesday, January 20, 2009

Pengurus Artis Tak Tahan Dengan Forumer Internet, Nak Saman!

image

En. Asnha ,

Lebih setahun anda telah memberi komen dan tulisan yang kesat kepada saya dan artis di bawah naungan syarikat saya.  Sehingga sekarang saya masih lagi bersabar.  Tetapi tidak lagi.  Saya tidak tahu apakah tujuan anda melakukan perkara tersebut tetapi setelah sekian lama bersabar dengan maruah saya, keluarga saya, artis di bawah naungan syarikat saya serta keluarganya tercabar, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mengambil tindakan undang-undang.

Setelah mendapat nasihat daripada peguam saya, segala maklumat yang saya kumpul daripada tulisan anda sejak lebih setahun yang lalu terhadap saya dan artis di bawah naungan syarikat saya, pihak peguam saya bersetuju bahawa tulisan anda merupakan satu bentuk 'harrasing',  'abusive', 'hateful' dan 'defamatory' dengan bertujuan untuk menjatuhkan maruah saya dan artis di bawah naungan saya di mata umum.

Untuk pengetahuan pihak anda, saya dan artis di bawah naungan syarikat saya akan membuat laporan polis dalam masa yang terdekat dan susulannya akan dilakukan oleh pihak peguam kami.

Harap maklum

Terima kasih
Badrul Hashim

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: