PAPA hanya mampu ketawa sinis apabila seorang rakan Papa menyampaikan cerita tentang seorang personaliti yang telah membodohkan dirinya apabila memberikan jawapan yang sungguh tidak masuk akal.
Papa sendiri pun bukannya berkenan sangat dengan perangai personaliti ini yang cukup terkenal dengan mulut celuparnya.
Bahkan, gara-gara mulutnya yang tiada insurans itu menyebabkan berlakunya kejadian masam muka di antara personaliti ini tadi dengan seorang penyanyi baru yang tidak kurang popularnya.
Kalau Papa tertengok gelagatnya di televisyen sebagai hos, memang Papa nak muntah dan terus tukar saluran lain.
Bukan itu sahaja, kawan Papa yang menyampaikan berita ini tadi pun meluat dengannya apatah lagi bila mendengar celotehnya di radio yang terjerit-jerit sampai nak terkeluar anak tekak.
Berbalik kepada kisah personaliti ini tadi, dalam satu majlis yang dihadiri oleh ramai artis ini juga, kawan Papa ini tadi kebetulan duduk semeja dengan personaliti ini.
Seperti biasalah, dengan gelagatnya yang sudah sedia menjelikkan itu telah ditambah pula dengan aksinya yang selamba membasahkan tekaknya dengan wain merah yang diminum bagaikan air sirap.
“Janganlah ada wartawan kat majlis ni. Kalau tak, nanti mesti keluar gosip kat surat khabar pasal aku. Bukannya apa, aku minum bukannya sebab suka-suka tapi sebab doktor yang suruh minum.
“Sebabnya, aku ada penyakit dalaman. Jadi, ubat penawarnya hanyalah dengan wain merah,” kata personaliti itu kepada rakan-rakannya sambil matanya melilau bimbang ada wartawan di situ.
Terkedu seketika jugalah Papa mendengar jawapannya itu. Setahu Papa, tak pernah pula Papa dengar sebelum ini doktor menyuruh pesakitnya minum arak semata-mata untuk mengubati penyakit. Itu lagi nak membunuh adalah.
Agaknya personaliti ini salah pergi ke klinik kot!
DAH TERANG LAGI BERSULUH
1. REZA PENAH BERMASAM KETIAK NGAN LUTYFY
2. DJ RADIO ERA
3. PENGACARA SENGAL RANCANGAN APA NTAH
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: