KASIH ibu hingga ke syurga tetapi seorang pelakon ini sudah bertahun-tahun tidak menjenguk ibu dan keluarga di kampung. Entahlah apa yang dirajuknya pun tak pasti hingga sanggup menganggap dirinya sebatang kara sedangkan orang tua dan adik beradiknya lain masih hidup.
Sudah tentu ibu si pelakon `makan hati’ dengan kenyataan anaknya itu. Yalah, kalau berkecil hati sekali pun, kenanglah sikit jasa ibu yang mengandungkannya sembilan bulan, melahirkan serta bersusah payah membesarkannya hingga bergelar selebriti. Raja tahu bagaimana peritnya nak membesarkan anak-anak, Raja juga seorang ibu.
Entahlah kata orang, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Sebagai anak, tidak seharusnya si pelakon mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu tua yang kini sedang menderita sakit. Yang pasti, air yang dicincang takkan putus dan ingatlah, syurga berada di bawa telapak kaki ibu. Raja menerima kiriman surat pembaca B*Pop yang kesal dengan tindak tanduk si pelakon terbabit. Tak perlulah Raja mendedahkan siapa gerangan pelakon berkenaan. Siapa makan cili, dia akan terasa pedas.
Pengirim surat itu memberitahu si pelakon itu langsung tak mahu menjenguk ibunya yang terlantar sakit di hospital. Apabila ditanya, ibunya hanya menangis terisak-isak. Pedih hati Raja mendengarnya. Bukannya apa, si pelakon ini takkan tak tahu apa hukumnya apabila membuat ibu menitiskan air mata, tak bau syurga. Hidup pun tak berkat kalau derhaka pada ibu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: