Tuesday, January 27, 2009

'O re Priya' Madhuri Dixit penghias filem 'Talentime'

Pelakon jelita Madhuri Dixit yang mendapat jolokan 'Marilyn Monroe' Bollywood.

LAGU 'O re piya' dari filem terbaru Madhuri Dixit 'Aaja Nachle' akan menjadi 'highlight' dalam filem terbaru Yasmin Ahmad bertajuk 'Talentime'.

'O re piya' telah disampaikan oleh penyanyi klasik Pakistan Rahat Fateh Ali Khan.

Filem 'Talentime' itu turut dibintangi oleh Mahesh Jugal Kishore, Mohammed Syafie Naswip, Harith Iskandar, Amelia Thripura Henderson, Pamela Chong, Azean Irdawaty dan Jaclyn Victor. Khabarnya tema filem itu juga hampir sama dengan "Aaja Nachle".

Filem yang menjalani pengambaran pada bulan September lalu, berkisar tentang satu keluarga dan pertandingan talentime yang diadakan di sekolah yang lama.

Ia juga mengisahkan tentang keperitan yang dilalui peserta pertandingan bakat di sebuah sekolah dan sebuah kisah cinta yang membabitkan dua bangsa dan agama berbeza. Syafie melakonkan watak remaja dan ibunya pula dibawa oleh Azean Irdawaty yang mengidap tumor otak.

Filem ini turut memberi penghormatan kepada Sharifah Amani selaku Penolong Pengarah ketiga.

Kejelitaan dan keseksian Madhuri Dixit seringkali menjadi sebutan.

'Talentime' akan diedarkan pada 26 March dan telah membuat tayangan amal khas untuk Tabung Palestin pada hari Jumaat di Cineleisure, Damansara.

Berbalik kepada 'Ratu Bollywood' yang cukup terkenal sekitar tahun 80 an dan 90an ini, Madhuri juga pernah mendapat jolokan “Marilyn Monroe” kerana imej simbol seks yang selalu diberikan kepadanya.

Antara filem-filem hit Madhuri ialah Dil, Beta, Hum Aapke Hain Kaun, Dil To Pagal Hai, and Devdas.

Namun kegemilangan karier Madhuri sampai ke titik nokhtah apabila dia membuat keputusan mendirikan rumahtangga dengan pakar jantung kelahiran Amerika-India, Dr Sriram Nene pada 17 Oktober, 1999.

Tidak betah berjauhan dari kilauan glamor, pada 2002 Madhuri menyatakan persetujuan berlakon dalam filem epik 'Devdas' di mana beliau mendapat Anugerah Pelakon Pembantu di Anugerah Filmfare.

Madhuri melahirkan anak sulungnya, Arin di Denver, Colorado pada tahun 2003 dan menimang cahaya mata kedua Ryan, dua tahun kemudian.

Lima tahun lamanya beliau mendiamkan diri memberi tumpuan kepada rumahtangga. Tawaran untuk filem 'Aaja Nachley', sebagai watak guru tari membuat Madhuri tidak mampu membuat aktres jelita ini menoleh belakang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: