Sunday, January 18, 2009

Nabil, Irma Hasmie menyemai cinta


Irma Hasmie

Juara Raja Lawak 2, aktres popular dilihat makan malam di Mutiara Damansara

SEBELUM Zubir berkongsi cerita panas mengenai pasangan artis popular, Nabil (Raja Lawak 2) dan Irma Hasmie yang dikatakan sedang hangat bercinta, Zubir ingin melahirkan rasa kecewa apabila menyaksikan pratonton filem terbaru arahan Prof Madya Razak Mohaideen, Sifu & Tongga, Rabu lalu, apabila ramai tetamu tidak mendapat tempat duduk kerana panggung penuh dan ada segelintir jemputan, sekadar duduk di tangga!

Ketika mendaftar nama di meja pendaftaran, petugasnya memberitahu Zubir, Hall 12 penuh dan meminta Zubir menemui kakitangan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) untuk mendapatkan tempat duduk, itupun jika masih ada. Sekalipun agak terlewat sampai kerana baru selesai sesi fotografi artis, namun kerana menghormati undangan daripada GBSB, Zubir tetap hadir tunjuk muka.

Zubir bernasib baik kerana petugas GBSB tetap mencari dua tempat duduk kosong untuk Zubir dan aktres remaja, Juliana Evans yang hadir bersama ke pratonton itu. Sekalipun kedudukan kerusi tidak berapa selesa, baris kedua daripada barisan paling depan, tapi layan sajalah, janji dapat duduk.

Nabil dikatakan sudah putus cinta dengan kekasihnya.

Namun, selang 20 minit, Zubir dan Juliana mengambil keputusan pulang saja, namun Zubir terkejut apabila melihat aktres muda, Diana Danielle dan ibunya serta seorang komposer dari Jakarta, hanya duduk di tangga sebelum kami meninggalkan pawagam! Mujurlah mereka berdua berpeluang duduk di kerusi kami selepas itu, manakala komposer berkenaan terus duduk di tangga.

Bagi Zubir, situasi seperti ini tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi di bawah seliaan GBSB. Harap-harap perkara sama tidak berulang lagi.

Baiklah, kita tinggalkan kisah Sifu & Tongga kerana Zubir ingin bercerita mengenai kisah cinta Nabil yang turut berlakon menerusi filem berkenaan. Awal minggu lalu, Zubir menerima panggilan telefon daripada seseorang yang memaklumkan kepada Zubir, pada 9 Januari lalu, dia ternampak kelibat Nabil dan Irma sedang menikmati makan malam di sebuah restoran di The Curve, Mutiara Damansara, kira-kira jam 8.30 malam.

Namun, sebelum itu, dia memberitahu Zubir, nampak Nabil menolak kereta sorong bayi, ada seorang baby comel di dalamnya. Anak siapakah itu, tak pula Zubir dengar cerita sebelum ini, Nabil dan Irma pernah berkahwin dan ada anak! Risik punya risik, Zubir dapat maklumat, Irma baru saja mengambil seorang anak angkat perempuan yang kini berusia tak sampai sebulan.

Khabarnya, Nabil dan Irma mula berkawan rapat ketika mereka berlakon sitkom Gegar Gitu Raya, tahun lalu. Irma selepas putus cinta dengan aktor kacak, Farid Kamil hingga kini masih solo dan tak jadi dosa, dia keluar ‘dating’ dengan sesiapapun termasuklah Nabil. Nabil pula, Zubir dapat tahu, dia juga baru putus cinta dengan kekasihnya apabila buah hatinya itu yang juga seorang pelajar, sudah pun melanjutkan pelajaran di luar negara.

Sumber lain turut memaklumkan kepada Zubir, dia sering melihat Irma berada dalam kereta Nabil apabila dia menemani Nabil di lokasi penggambaran filem terbaru lakonannya, Kecoh Betul, gandingan Nabil dan Diana Danielle. Seandainya apa disampaikan ke telinga Zubir ini kisah benar, eloklah mereka berkenalan dulu, kenal hati budi masing-masing, mencari keserasian, seterusnya menyemai cinta jika ada jodoh.

Bagi Zubir, Nabil dan Irma ketika ini sedang ‘mengasah bakat’ menjadi ibu bapa, jadi molek rasanya perkara yang baik itu dipercepatkan, insya-Allah.

3 comments:

  1. irma tak sesuai dgn nabil...........!!!
    ples la babe..

    ReplyDelete
  2. okie wat...irma cumil per...sama2 tggi..pdn jew ngan nabil...huhu...mg jdoh smpi plamin yer nabil...=)

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: