Wednesday, January 21, 2009

Norman Kata Dia Tidak Pernah Sentuh Memey

alt"Saya tidak pernah 'sentuh' Memey. Tolong jangan buat andaian sejauh itu walaupun kami ditangkap khalwat."

Begitulah kata-kata Norman Hakim kepada semua yang acapkali menuduhnya melakukan perbuatan sumbang dengan pelakon Memey Suhaiza selepas mereka ditangkap khalwat tahun lalu. Menurut Norman lagi sepanjang pengenalannya dengan Memey hampir setahun lalu, dia tidak pernag melakukan perkara sumbang terhadap Memey.

"Saya tahu kalau ditangkap atas tuduhan berkhalwat, orang akan anggap macam-macam yang sudah kita buat tetapi jangan mudah jatuhkan hukuman kepada kami. Hakikatnya tidak ada apa-apa keterlanjuran yang berlaku antara kami berdua," katanya.

Norman berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Gombak Timur di sini semalam selepas kes khalwatnya dengan Memey disebut di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhamad.

Norman juga mengakui kes tangkapan khalwat itu benar-benar mengaibkan dirinya.

Sepanjang prosiding sebutan kes khalwatnya di mahkamah, Norman dan Memey menjadi tumpuan apabila dilihat agak mesra selain mengenakan pakaian sedondon bewarna hitam dan putih. Kes mereka akan dibicarakan 3 Mac kelak.

8 comments:

  1. sj jer 2 x nak ngaku...

    ReplyDelete
  2. hik hik org gila pun tkkan ngaku punyer diri tu giler

    ReplyDelete
  3. kalau ikan dah depan mata, tak kan pandang je kot, ekekekekkk...

    ReplyDelete
  4. aq stuju komen k2....cari nahas lar dy law ngaku...

    ReplyDelete
  5. org terencat akal pun ada kes rogol.... ini kan pla...... oarng kurang akal....

    ReplyDelete
  6. dulu apasal mengelak2. kenapa xnk mengaku jer yg korang ni mmg bercinta. semuga abby tabah dlm menghadapi ujian ini. jaga anak2 dgn baik, take care.

    ReplyDelete
  7. sudah sudah lee tu satu malaysia dah bosan ngan statement habgpa nie kalau nak kahwin cepat cepat lee dah nak akhir zaman nanti nyesal lakkkkk nak nak memey norman dah rasa kah kah kah....

    ReplyDelete
  8. xkan org berak tepi jln nk ngaku..
    selalu nye org yg kuat menipu nih
    selalu jua lah dia t'lupa akan kata2
    nya..skang jln berdua berpegangan tangan
    tanpa segan silu dlm majlis anugerah,
    maka saat itu lah jua tuhan tunjuk akan kebenaran yg sebenar adalah bercanggah
    dgn pengakuan nya sama sekali..
    'ORG KO BLE TIPU TPI TUHAN BELUM TENTU'
    ..BEB

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: