

Kontrovesi mengenai gambar pelakon popular Cico Harahap berkaitan dia dikatakan berpelukan dengan seorang gadis selepas bergelar suami akhirnya terjawab. Dalam satu kiriman emel yang MM terima, ada petikan dari Cico yang khabarnya mengadakan satu sidang akhbar berkaitan isu panas ini. Dalam sidang akhbar tersebut, Cico dipetik berkata, “Gambar itu memang sengaja diambil. Gambar itu dirakam selepas tersebar gambar saya bersama seorang wanita yang mengaku ‘girlfriend’ saya di Facebook. Tiba-tiba keluar pengakuan kononnya kami dah kenal lebih kurang setahun dan keluar seperti pasangan-pasangan kekasih lain.”
“Wanita dalam gambar terbaru itu merupakan adik kawan baik saya. Bukannya satu gambar sahaja yang saya suka-suka peluk perempuan. Gambar itu diambil bersama adik kawan baik dan sepupu saya.” tambah Cico dalam emel teman MM krimkan.
Walaupun begitu, MM dan Mangga Online akan cuba dapatkan kesahihan dari aktor kacak ini. Biar datang dari mulutnya sendiri dan bukan dari orang lain. Sementara itu, janganlah kita taksub sangat nak menuduh yang tak benar dan elok terhadapnya kerana apa kita rasa jika kita ditempatnya? Dan MM sendiri kenal rapat dengan Cico dari dia kecil lagi.
Tak mengapa Cico, kuatkan semangat dan semoga 2009 ini kami akan melihat lebih banyak drama dan filem yang Cico lakonkan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: