
Bahang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23 semakin terasa dan hanya beberapa hari sahaja lagi yang tinggal. Empat belas buah lagu terhebat hasil nukilan dan garapan komposer, penulis lirik dan alunan penyanyi-penyanyi hebat tanahair bakal dinilai bagi mencari juara antara yang terbaik, lagu terhebat dalam Anugerah Juara Lagu 23. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara dalam Anugerah Juara Lagu 23? Segala-galanya bakal terjawab pada 18 Januari 2009 nanti!
Bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Anugerah Juara Lagu 23 akan dibawa secara langsung menerusi TV3 pada jam 9.00malam hingga 11.30 malam. 14 buah lagu oleh 13 artis-artis popular solo dan berkumpulan bakal berentap mempamerkan kehebatan vokal masing-masing mengalunkan lagu-lagu yang dicipta oleh komposer-komposer dan penulis lirik terkenal melalui 3 kategori utama, Etnik Kreatif, Balada dan Pop/Rock. Kesemua mereka hanya mempunyai satu matlamat iaitu menjulang trofi Anugerah Juara Lagu 23.
Salah seorang finalis AJL 23 yang menjadi perhatian saya dan boleh dikatakan menjadi favourite ialah Faizal Tahir. Tahun lepas dia dicalonkan dengan dua lagu dan tahun ini dua lagu turut dicalonkan iaitu Sampai Syurga dan Cuba. Kedua-dua lagu ini digubah oleh Audy Mok dan liriknya ditulis sendiri oleh Faizal.
Tahun lepas merupakan satu dugaan maha hebat buat Faizal dengan insiden membuka baju ketika bersiaran langsung. Insiden tersebut hampir-hampir membuatkan dirinya tidak boleh menyanyikan lagunya sendiri pada AJL 22. Namun semua itu kini hanya kenangan. Kini Faizal, peminatnya malah syarikat rakamannya sendiri, Monkey Bone, menaruh harapan yang tinggi untuknya pada AJL 23 kelak.
Banyak ramalan diterima meja Mangga Online mengatakan Faizal Tahir bakal menjadi Juara Lagu ke-23. Atau mampukah Estranged menggondolnya dua tahun berturut-turut? Mungkin juga ia bajal milik Sofaz. Sama-samalah kita lihat nanti.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: