Tuesday, January 20, 2009

Kes khalwat: Norman - Memey mengaku tidak bersalah

image

[SEMASA] KUALA LUMPUR: Pelakon Norman Hakim dan bintang baru, Suhaiza Suhaimi atau Memey, hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat pada Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.

Hakim syarie, Wan Mahyudin Wan Mohamad membenarkan kedua-dua aktor itu dilepaskan dengan jaminan bon jamin mahkamah RM3,000 secara tunai setiap seorang yang perlu dibayar hari ini.

"Kedua-dua tertuduh turut dilepaskan dengan syarat seorang penjamin dan mahkamah juga menetapkan seorang penjamin kedua-dua tertuduh hendaklah terdiri daripada kakitangan awam.

"Ini bagi mengelakkan kedua-dua tertuduh menghilangkan diri semasa sesi perbicaraan nanti.

"Kedua-dua tertuduh ini dibebaskan dari mahkamah oleh seorang penjamin berdasarkan peruntukan Seksyen 22 (4)(5) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003.

"Perbicaraan ini ditangguhkan untuk sebutan semula pada 3 Mac depan, pukul 9 pagi untuk perbicaraan dalam kes ini," kata Wan Mahyudin.

Norman dan Memey datang berpakaian putih dan hitam sedondon secara berasingan seawal pukul 9 pagi tadi.

Norman hadir bersama ibunya, Kamariah Kamat, 66 dan dua orang abangnya manakala Memey pula ditemani seorang ibu saudaranya.

Mereka ditangkap berkhalwat oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang, Selangor sekitar pukul 3 pagi pada 30 Oktober tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: