![]() |
| TIGA tahun bergelar anak seni, telah mematangkan Idham untuk menumpuh cabaran bidang seni. |
TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu merupakan perumpamaan yang paling sesuai bagi menggambarkan tuah Halim Hamdan atau lebih dikenali sebagai Idham.
Baru setahun jagung bergelar artis, Idham telah diberi peluang oleh syarikat rakaman untuk menentukan hala tuju album keduanya yang dijangkakan menjengah pasaran tempatan Mei nanti.
"Memang Idham bertuah sangat-sangat kerana dapat mencorak konsep album mengikut keselesaan dan kegemaran Idham.
"Malah syarikat juga sekali lagi memberi kepercayaan apabila membenarkan Idham untuk menghasilkan lagu ciptaan sendiri dalam album kali ini," katanya yang bernaung di bawah syarikat Undefinited Records.
Sebelum ini, Idham pernah menghasilkan mini album 7 Seru sekitar tahun 2006 yang memuatkan enam buah lagu.
Dan pada 2009, Idham bercita-cita menghasilkan album penuh sebagai meneruskan kelangsungan kerjaya seninya.
"Bagi Idham, perjalanan seni seseorang artis itu, tidak akan lengkap tanpa kehadiran sebuah album penuh," katanya.
Oleh itu, setelah hampir tiga tahun usia album pertamanya, Idham merasakan sudah tiba masanya dia hadir dengan album baru.
Lebih-lebih lagi muzik indie yang menjadi identitinya selama ini, telah pun mendapat tempat di hati peminat tempatan.
Mengenai peluang yang diberikan syarikat rakaman kepadanya, Idham berkata untuk menjadi penyanyi yang baik, dia tersebut perlu mempunyai idea sendiri yang perlu diketengahkan kepada umum.
Idham telah menyiapkan diri dengan ilmu dalam bidang seni suara termasuk pemantapan vokal, muzik dan juga kemahiran komunikasi dalam usahanya untuk menjadi seorang penghibur yang berkaliber.
Bercerita mengenai album barunya, Idham memilih konsep R&B dan pop yang menjadi kegemarannya.
Sebanyak 10 lagu bakal dipilih bagi melengkapkan keistimewaan album tersebut.
Profil
Nama sebenar: Halim Hamdan
Nama komersial: Idham
Tarikh Lahir:
17 April 1982
Umur:
27 tahun
Asal:
Kuala Lumpur
Kerjaya:
Penyanyi, penulis lirik dan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
Pendidikan: Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: