Sunday, January 11, 2009

Fara Fauzana Suka Tukar Baju Dalam Kereta


CANDA dan tawa Fara Fauzana Fadzil sudah tidak asing lagi buatkhalayak. Gaya bersahaja dan celoteh yang terlahir daripada mulutwanita ini menjadikan dia cukup disenangi ramai.Bukan mencipta kejayaan dalam tempoh singkat, sebaliknya Faramerangkak perlahan-lahan sebelum pantas berlari menggapai setiappeluang yang tercipta di depannya.
Dari bawah dia memulakan kariernya, gadis berusia 28 tahun ini bijakmenyusun strategi hinggakan dia sudah merekod deretan kecemerlangandalam memegang status pelakon, pengacara dan penyampai radio terkenaldi Malaysia.
Tidak dinafikan, pelbagai momen indah terlakar dalam dirinyasepanjang bergelar artis, malah dari memandu kereta buatan Malaysia,dia kini sudah menukarkannya kepada mobil keluaran antarabangsa.
Menjadi sebutan dan terus menguntum mekar di laman seni membuatkanFara sudah ada cita rasa serta stail tersendiri selayak gelarannya,bintang popular.
Sesuai dengan 'takhta' yang dijawat sebagai insan glamor sejakbeberapa tahun lalu, Fara sudah mampu memandu Honda CR-V di jalanandengan penuh bergaya.
Dibeli hampir setahun lalu dengan harga RM120,000, Fara ternyata begitu mencintai kenderaan pacuan empat roda.
"Saya meminati Honda CR-V yang berkeluasan besar dan selesa untuk mengangkut saya ke destinasi yang ingin dituju.
"Semuanya bermula sewaktu saya terlibat dengan Skuad Perodua Erabeberapa tahun lalu," ujar Fara lebih lanjut terhadap kecenderungandengan kenderaan jenis ini.
Beritahu pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awamdari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini, harga keretajenama ini juga berpatutan.
"Saya begitu selektif dan membuat pelbagai pertimbangan sebelum mengambil keputusan membeli kereta.
"Kena juga fikirkan tentang kapasiti minyak dan soal penjagaan kenderaan itu.
"Sesetengah orang suka kenderaan yang nampak cantik, tapi merekatidak tahu kadar bayaran tinggi akan dikenakan jika hendak beliperalatan kereta itu," luahnya yang mengidamkan kereta Porsche danNissan Murano.
Teruja dengan Transformers
>Menamakan Honda CR-V rona hitam itu dengan gelaran Transformers, Fara mengakui gembira saat pertama kali melihat mobil itu sudah menjadi hak milik mutlaknya.
"Seronok dapat kereta ini. Saya memang suka warna hitam. Malahkereta lama, Hyundai Getz yang kini digunakan emak juga berwarna hitam.
"Entah mengapa saya suka hitam," soalnya semula tentang 'kegilaan' dirinya terhadap warna itu.

ANAK-ANAK saudara Fara gemar menonton filem dalam kereta kesayangannya ini.
Fara yang dilahirkan di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangormemberitahu, dia menyukai Honda CR-V disebabkan bentuk luarannya yangkelihatan kecil, namun cukup luas bahagian dalamannya.
"Senang menukar baju, lepak dan 'berkhemah' dalam kenderaan ini.
"Lagi pun saya sering bawa tiga orang anak saudara berjalan-jalan.
"Mereka suka menonton video cakera padat (VCD) dalam mobil ini samaada bergerak atau pun tidak," ungkap Fara tertawa mengenangkan ragamluar biasa kanak-kanak itu.

Pengalaman kereta pancit

Menjadikan memandu sebagai hobi, Fara berkata, dia pernah melaluipengalaman buruk apabila Transformers yang ditatang bagai minyak penuhitu mengalami masalah tayar pancit.
"Sewaktu itu, saya baru saja selesai mengendalikan program Melodi beberapa bulan lalu.
"Tayar kereta meletup setelah saya terlanggar sesuatu di jalan raya.
"Sudahlah dengan keadaan panas terik dan solekan tebal, saya terpaksa periksa kondisi tayar.
"Kebetulan ada orang lalu, dia menawarkan pertolongan kepada saya yang nampak kelam-kabut.
"Saya tidak hanya tengok dia menukar tayar, sebaliknya cuba membantumana-mana yang patut dengan keringat saya," jawab Fara jujur.

Diekori peminat ke rumah

Kalau sudah namanya selebriti terkenal, tidak hairanlah apabilapenyampai radio Hot FM ini mempunyai pengalaman diekori peminat yangingin mengetahui tempat tinggalnya.
"Selalunya kejadian itu berlaku ketika saya berhenti di lampu isyarat.
"Ada peminat yang perasan saya berada dalam kereta itu, mereka akanmengikuti kenderaan saya secara perlahan sehingga sampai ke kawasanrumah.
"Memang menakutkan, tapi saya buat macam biasa saja. Saya sedar sebagai orang yang dikenali akan mengalami situasi berkenaan.
"Kalau saya jadi mereka pun, saya akan buat perkara sama," seloroh Fara.
Demi mengelakkan kejadian sama berulang, Fara mengambil keputusanuntuk menggelapkan cermin keretanya supaya tiada lagi yang perasanHonda CR-V itu mengangkut Fara.
"Ramai yang cakap cermin kereta saya terlalu gelap, sebenarnya sayabuat ikut prosedur yang ditetapkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ).
"Cuma saya tambah lapisan sinaran matahari yang dibeli di sebuah pasar raya. Ia boleh dicabut sendiri," jawabnya jujur.

Menjaga kebajikan Transformers

Bagi sesetengah pemandu, mereka tidak mengambil tahu apa yangberlaku ke atas mobil mereka. Asal boleh dibawa ke tempat yang dituju,ia sudah cukup memadai.
Berlainan pula bagi pelakon utama sitkom Fara ini, diamempunyai intuisi kuat tentang waktu keretanya perlu diservis tanpaperlu melihat tarikh yang telah dipapar di pelekat kenderaannya itu.
"Selain itu, saya juga tahu hendak isi minyak hitam dan air serta menambah angin kereta.
"Saya rasa rimas kalau pandu kereta yang kotor. Ia seolah-olah tidak memberi keselesaan buat saya.
"Oleh itu, sebelum bawa kereta, saya akan pastikan kekotoran yang terdapat di karpet kereta dibersihkan terlebih dahulu.
"Kemudian baru saya dapat membawa Tranformers dengan hati tenang dan gembira," ujar Fara tentang tabiatnya itu.

FARA begitu yakin dengan ketahanan luaran Tranformers miliknya ini.

Fara suka 'cilok'
Selalunya perangai ini dilakukan golongan lelaki - 'cilok' di kanandan kiri jalan. Sesuatu yang mengejutkan apabila Fara juga mempunyaiminat sama.
"Selalunya terjadi ketika saya berada dalam situasi jalan sesak dan terlambat untuk menghadiri sesebuah majlis.
"Dari situlah saya akan tunjukkan kemahiran yang kurang baik inidengan celah ke sana-sini," akui Fara tersipu-sipu memecahkan sendiritembelangnya.
Bukannya hendak menunjuk-nunjuk atau mengiakan kepada umum dialahpemilik jalan raya itu, sebaliknya Fara tetap berwaspada untuk membuataksi dan lagak tersebut.
"Selalunya saya akan beri lampu signal dulu untuk masuk ke loronglain," ujar Fara yang suka menyanyi dan berdikir barat dalam keretanyatatkala mengharungi kesesakan lalu lintas yang tiada penghujungnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: